Sabtu, 28 Julai 2018

UED 102 - Study Skills

Laporan Minggu Pertama-Nurin Nabilah Kamaruzaman

Tarikh: 25 Julai 2018

Masa: 8:00 a.m.

Place:Perpustakaan Al Bukhari

         Minggu interim merupakan minggu sebelum sesi kuliah biasa dijalankan.Sepanjang tempoh interim,pelajar-pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti persediaan untuk memasuki sesi kuliah biasa serta berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar yang lain. 'Study skills' mengajar mahasiswa-mahasiswi cara pembelajaran di universiti di mana mereka perlu menukar cara pembelajaran yang selalu digunakan ketika di bangku sekolah.

 

Topic 1:Getting ready to learn


-Making the transition (from school to university)

  Kehidupan sebagai pelajar sekolah dan mahasiswa/mahasiswi di universiti mempunyai jurang perbezaan dari pelbagai aspek seperti aspek fizikal dan mental.Contohnya ketika kita bergelar seorang pelajar sekolah,masa dan jadual kita telah ditetapkan oleh jadual belajar di sekolah dan di rumah.Namun,apabila kita sudah melangkah ke alam universiti,kita diwajibkan untuk menguruskan masa sendiri untuk menyeimbangkan pembelajaran dan kokorikulum.
  
    Pun begitu,pelajar sekolah mempunyai kelas sepanjang hari Isnin hingga Jumaat dimana masa diperuntukkan di sekolah sehari hanyalah 6 jam.Di universiti pula,mahasiswa/mahasiswi mempunyai kelas pada masa-masa tertentu sahaja.

   Di sekolah juga,guru-guru akan membimbing kita apabila kita tidak faham terhadap sesuatu pembelajaran.Namun di universiti,kita digalakkan untuk berjumpa atau menghubungi tenaga pengajar atau pensyarah untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang tidak difahami.


Characteristics of successful students

Berikut merupakan karakter untuk menjadi pelajar yang berjaya:-
  -Jadi pelajar yang aktif .
  -Hadir ke kelas 
  -Mengambil bahagian dalam kelas 
  -Mengenal pensyarah
  

Using learning styles to enhance perfomance

Berikut merupakan cara pembelajaran untuk meningkatkan prestasi pembelajaran:-
-Belajar berkumpulan secara konsisten.
-Berusaha keras untuk setiap semester untuk mendapatkan CGPA yang cemerlang.
-Cepat bertanya jika tidak memahami sesuatu pembelajaran.
-Bertukar nota dengan pelajar-pelajar yang lain.


Topic 2:Goal Setting and learning management system

Penetapan matlamat menurut wikipedia bermaksud manusia menggunakan sebuah motor untuk menyelesaikan masalah atau mencapai sesuatu perkara yang dihajati.Penetapan matlamat penting untuk membantu kita melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.



Setting goal for the new semester.

  • Mencapai CGPA 4.0 dalam ujian semester pertama.
  • Menjadi insan yang bermanfaat untuk orang sekeliling 
  • Berusaha memberikan sepenuh komitmen untuk menyertai semua aktiviti yang dianjurkan universiti.

Important characteristics:-

  1. Matlamat haruslah dipilih sendiri kerana setiap orang mempunyai matlamattersendiri dan kadang-kala matlamat sendiri tidak sama dengan matlamat orang lain.
  2. Matlamat yang ditetapkan haruslah mampu mencabar keupayaan diri agar menjadikan diri kita orang yang kuat.
  3. Matlamat haruslah boleh diukur agar penetapan boleh dibuat dengan jelas.
  4. Matlamat yang terperinci penting supaya kita boleh mencari jalan yang luas dan terbuka bagi mengecapi matlamat kita.

Efective goal statements.

Goal = Menjadi pelajar yang cemerlang dengan mendapatkan CGPA 4.0 setiap semester.
Obstacles = Nafsu malas untuk bangun pagi dan malas mengulang kaji mata pelajaran setelah                                  tamatnya waktu kelas.
Resources = Mengingati kembali harapan keluarga untuk melihat saya berjaya.
Review and revise = Saya harus mula rajinkan diri dan memaksa diri untuk rajin mengulangkaji                                           demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Polish = Berusaha menjadi pelajar yang cemerlang dengan sentiasa bangun di awal pagi dan kerap                    melakukan ulangkaji agar saya mampu mencapai keputusan CGPA 4.0 setiap semester.

Using the learning management system.

  • Melakukan penambahbaikan dalam menyusun ayat di dalam nota bagi lebih mudah difahami.
  • Sentiasa memberikan tumpuan di dalam kelas.
  • Tidak menangguhkan kerja yang diberikan.
  • Sentiasa mempraktikkan pembelajaran yang dibelajar dalam kehidupan.
  • Kreatif dalam membuat nota-nota yang menarik dan tulisan berwarna-warni.

Topic 3 : Time Management and Organizational Skills


Optimising study time

  • Persekitaran yang tenang.Ianya mampu membuatkan kita lebih fokus dengan lebih lama jika belajar di suasana yang tenang dan tidak terlalu bising.
  • Mengambil perhatian semasa belajar.
  • Membuat nota ringkas mengenai apa yang kita telah baca.
  • Membawa nota kemana-mana sahaja yang kita pergi.

Organising study time

  • Buat jadual belajar.
  • Mengutamakan setiap tugasan yang diberikan.
  • Tetapkan had masa untuk belajar.
  • Tetapkan matlamat dalam setiap subjek.

Using time management strategies to stay motivated

  1. Jadual harian-Mengikut jadual yang dibuat untuk mengisi masa yang ada setiap hari.
  2. Perancangan harian-Perancangan harian ini penting bagi memastikan aktiviti yang kita buat di hari tersebut berjalan lancar.
  3. Membuat kalander semester

Reducing Procrastination

Penangguhan tindakan adalah sikap gemar untuk menangguhkan kerja-kerja atau tugasan yang diberikan.
Cara-cara untuk mengurangkan sikap suka bertangguh:-

  • Kembali kepada matlamat asal
  • Peka terhadap tarikh akhir tugasan yang diberikan
  • Jangan mencipta alasan untuk bertangguh
  • Memberikan penghargaan untuk diri sendiri
  • Bijak mengurus masa
Aktiviti 3:

Jadual minggu ini 



Aktiviti 1: Ice Breaking

1.Menganalisis Data

Pelajar diarahkan untuk mengambil data-data pelajar lain dan bersuai kenal sesama sendiri.
Ini merupakan data-data yang berjaya saya ambil berdasarkan
apa yang diminta oleh pensyarah.


2.Roket Kertas

Kami diminta untuk menulis nama penuh berserta dua perwatakan diri sendiri dan melipat kertas tersebut menjadi roket.Kemudian,arahan menyuruh kami untuk membaling roket kertas ke arah kumpulan lain serta mengambil roket yang dibaling oleh kumpulan lain dan mencari pemilik nama yang tertera di atas kertas untuk berswafoto.


Roket kertas yang saya dapat =)



Aktiviti 2: Mengumpul wefie

3.Bergambar dengan kakitangan/staff universiti.

Pensyarah mengarahkan kami bergambar bersama 10 orang kakitangan universiti berpandukan senarai yang diberikan.Setiap kakitangan yang sudah selesai kami bergambar,haruslah meletakkan  minit berapa kami bergambar sebagai bukti bahawa sudah selesai.




Staf Perpustakaan Al-Bukhari 1


Staf Perpustakaan Al-Bukhari 2
Staf Unit Polis Bantuan 1

Staf Unit Polis Bantuan 2

Staf Kontraktor (Unit Pembersihan-Wanita)
Staf Makmal 2
Staf Kafe 1
Staf Kafe 2

Aktiviti 3:Learning style inventory

   Visual = 7
   Auditory = 7
   Kinesthetic = 5

  Berdasarkan inventori gaya pembelajaran yang selesai saya jawab,saya dapati saya seorang pelajar visual.Pelajar visual merupakan pelajar yang mempunyai kelebihan untuk mengingati setiap bentuk gambar,membaca dan mengingati video-video yang ditonton.

   Saya juga merupakan seorang pelajar yang berupaya menggunakan deria pendengaran untuk menangkap sesuatu input di dalam sesi pembelajaran.




Laporan Minggu Kedua

Tarikh: 1 Ogos 2018

Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari


Topic 1:Getting To Know The Campus



    Universiti Teknologi MARA (UiTM) dahulu dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA pada tahun 1956.Kemudian namanya dituar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada bulan Jun 1965 dan ditukar menjadi Maktab MARA.Maktab MARA mendapat nama baru yang dipanggil sebagai Institut Teknologi MARA.Pada tanggal 1996,ITM telah dtukar namanya menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad.
   UiTM mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.Antaranya di Pahang.Terdapat dua kampus UiTM cawangan Pahang iaitu,Kampus Jengka dan Kampus Raub.

Terdapat 7 fakulti yang terdapat di UiTM Kampus Jengka:

    💮Fakulti Perakaunan
    💮Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
    💮Fakulti Sains Gunaan
    💮Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
    💮Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
    💮Fakulti Kejuruteraan Awam
    💮Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Type Of Resources

😍Sumber Akademik seperti Perpustakan Al-Bukhari,Bangunan Pentadbiran,Makmal IT dan Hal             Ehwal Akademik.
😍Sumber Perumahan,Makan dan Pengangkutan seperti stesen bas,dewan makan Kolej Tok                     Gajah,Kolej Mat Kilau,koperasi,van dan bas.
😍Sumber Organisasi Pelajar seperti Hal Ehwal Pelajar,padang ragbi,gelanggang,stadium dan Kem         Gading.

Sekitar UiTM Jengka

1.HEA




2.HEP

3.Bendahari

4.Perpustakaan


5.Unit Hal Ehwal Islam
6.Unit Ladang


7.Pentadbiran

Hal Ehwal Akademik

 Fungsi:-Pendaftaran dan kemaskini rekod                   pelajar.
              - Lawatan akademik
              - Tatatertib pelajar (akademik)
              - Kemudahan pembelajaran/bilik                       kuliah)

Hal Ehwal Pelajar

Unit-unit dalam HEP:
  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Kepimpinan Pelajar
  • Unit Kebudayaan
  • Unit Kerjaya dan Kaunseling 
  • Unit Sukan
  • Unit Kokurikulum
  • Unit Kesihatan

Bendahari

Tugas bendahari :
  1. Menerima bayaran yuran bagi pelajar yang tidak memohon PTPTN
  2. Menerima bayaran denda yang dikenakan terhadap pelajar. 

Perpustakaan

Unit Ladang

Important URL

  • https://www.facebook.com/uitm.pahang.3
  • https://pahang.uitm.edu.my/v3/
  • http://ptar.library.uitm.edu.my/libchat/  

Getting To Know The Campus-Group 8 

    https://www.youtube.com/watch?v=dTpvqqueKxU&feature=youtu.be

    Topic 2: Memory Learning 

    Assessment exercise

    Concentration worksheet 

    🤓Jika subjek tersebut tidak mempunyai kaitan dengan matlamat kerjaya saya,minat saya akan hilang 🤓

    Sebab yang sesuai terhadap perhatian yang teruk adalah(sebab dalaman) :

    😶kebimbangan yang berlebihan-keasyikan dan ketakutan tentang masa depan dan kegagalan😶

    Sebab luaran:

    😳gangguan sosial - jemputan, keperluan keluarga dan masa dengan kawan-kawan😳

    Saya lebih fokus dan peka bila saya minat terhadap subjek yang saya pelajari.Malah,kekreatifan pensyarah yang dapat membuatkan suasana pembelajaran dapat menarik minat saya untuk mempelajari perkara baharu walaupun subjek tersebut bukan lah menjadi subjek kegemaran saya. 

    Understanding memory process


      Saya merupakan pelajar visual di dalam 'learning pyramid'.Ini kerana saya mampu belajar dengan membaca serta menghafal tanpa sebarang masalah. 

    Kadar ingatan seseorang manusia hanyalah:

    • 10% dengan membaca 
    • 20% dengan mendengar 
    • 30% dengan melihat
    • 50% dengan mendengar dan melihat
    • 70% dengan percakapan 
    • 90% melalui perca pan dan perbuatan

    Otak Manusia

     


    - Otak manusia memerlukan 75% air dan 25% oksigen yang mencukupi.
    - Otak mempunyai 100 bilion neuron yang berfungsi untuk proses penghantaran maklumat.



    🌺 Otak kiri lebih kepada matematik dan cara untuk menyelesaikan masalah.
    🌺 Otak kanan lebih kepada seni artistik dan fantasi.

    Aktiviti 1: Membaca warna.

    Term of agriculture 

    verticillium wilt 

    - merupakan sejenis kulat yang hidup dalam tanah selamanya.
    -kulat masuk dlm pokok maple melalui batang atau akar.
    -hasilkan toksin yang menyerang jaringan penyambungan air

    Relationship Brain and Memory

    Memory System (Sistem Memori) 
    Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, 
    1. Sensory memory-Dapat menyimpan maklumat yang diterima daripada deria dengan sementara
    2. short term memory-mempunyai had masa dan kapasiti yang terhad
    3. long term memory proses dimana kita berfikir tentang rangsangan dan tentang maklumat yang ada dalam ingatan. 

    How To Remember Better? 

    1. Hubungkaitkan apa yang kita baca dengan pengetahuan yang kita ada. 
    2. Memberi tumpuan di dalam kelas. 
    3. Gunakan kreativiti untuk membuat nota bergambar/berwarna. 

    Aktiviti 2:

    Bermain 'kahoot' untuk menguji daya ingatan minda pelajar. 

    Memory Strategies

    -Mnemonics

    🤓Cara untuk mengingati maklumat yang sangat susah untuk di ingat. 
    🤓Huruf atau perkataan yang lebih mudah digunakan untuk ingat

    Mnemonics Device

    1. Rhymes and songs -Reka satu rima dan lagu berkaitan dengan fakta yang ingin kita hafal. 
    2. Loci systems-Mereka gambaran dan kaitkan dengan tempat yang biasa dilihat bagi memudahkan untuk mengingat. 
    3. Peg systems-Menggunakan kata kunci yang mudah untuk kita fahami. 

    Causes of poor concentration 

    • Kepayahan perbendaharaan kata
    • Kesukaran konseptual 
    • Organisasi yang tidak efektif 
    • Kekurangan minat
    • Kekurangan motivasi 

    Improving concentration 

    • Senyap kan telefon anda
    • Kemas meja belajar agar tidak nampak berselerak 
    • Pergi tempat yang tak bising untuk mengulang kaji.

    How To Remember What You Wrote In Class? 

    • Tumpukan perhatian dan rajin bertanya
    • Membaca/membelek setiap nota yang dibuat. 
    • Ulangkaji setiap minggu 

    Activity 3

    Menjawab beberapa soalan berdasarkan video yang ditonton untuk menguji daya ingatan dan perhatian. 

    Activity 4

    Activity 5

    Kira daripada nombor 20-1 terbalik kemudian teruskan mengira 20-1 tetapi buang 3 nombor daripadanya. 


    How To Be An Effective Reader-SQ 3R

    Survey-Imbas teks dan kenal pasti struktur teks tersebut
    Query - Tanya diri sendiri tentang setiap soalan. 
    Read-Baca keseluruhan teks dengan cepat
    Recall-Tengok kembali pertanyaan - pertanyaan kita
    Review-Baca bahagian penting sekali lagi.

     Laporan Minggu Ketiga

    Tarikh: 8 Ogos 2018

    Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari

    Topic 6 : Taking Lecture Notes

     

    What is taking notes? 

    Menulis apa yang dikatakan oleh pensyarah di dalam dewan kuliah dan membaca nota tersebut dengan ayat kita sendiri.

    Why take lecture notes? 

    • Dapat menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran. 
    • Sebagai persediaan mengulangkaji untuk menjawab kuiz, ujian, dan ujian akhir. 
    • Dapat membaik pulih ingatan kita terhadap topik tersebut. 
    • Dapat menjadikan kita sebagai pendengar yang aktif.

    What should you do after taking notes? 

    • Ulangkaji balik apa yang di belajar ketika di dalam kelas. 
    • Menambah input penting di dalam nota.

    Why review notes? 

    •  Ini kerana, manusia akan mudah lupa apa yang mereka pelajari jika tidak rajin menyemak nota selepas kuliah tamat. 
    • Apabila membuat semakan nota, kita akan tahu beberapa perkara yang masih lagi kurang faham supaya mudah melaporkan pada pensyarah.

     Material do we need. 

    1. 'Sticky notes' yang berwarna-warni. 
    2. Fail untuk menyimpan nota-nota (digalakkan setiap subjek,1 fail) 
    3. Menggunakan pen yang menarik untuk membuat peta minda.

    How do we prepare for class?

    •   Sebelum kelas bermula, kita digalakkan membaca sepintas lalu topik yang bakal dipelajari agar tidak terpinga-pinga. 
    • Menyemak kembali nota-nota yang telah dibuat. 
    • Menulis tarikh dan hari di atas helaian nota yang dibuat. 
    • Meninggalkan sedikit ruang pada helaian kertas bagi memudahkan untuk menambah input di dalam nota.

    Physical Factors 

    1)Duduk
    • Duduk di hadapan - dapat mengelakkan daripada mengantuk. 
    • Dapat mendengar dengan baik input-input yang diberikan dalam sesi pembelajaran. 
    2) Elakkan daripada gangguan ketika di dalam kelas
    • Tidak digalakkan duduk di tepi pintu kerana persekitaran di luar bilik kuliah kadang kala bising dan boleh mengganggu fokus kita ketika di dalam kelas. 

    How Do We Take Notes? 

    • Menulis tarikh dan tandakan nota kita. 
    • Memberikan ruang yang cukup untuk menulis nota. 
    • Menggunakan ejaan singkatan dan simbol yang mudah difahami untuk lebih cepat membuat nota. 
    • Di dalam nota tersebut haruslah mempunyai 3 perkara iaitu,   
              🌺Idea/tajuk besar
              🌺Huraian
              🌺Contoh
    • Nota haruslah dibuat dengan menggunakan ayat sendiri. 

    Apabila menulis nota.... 

    •  Jadi pendengar yang baik dan aktif. 
    • Rajin bertanya soalan dan berbincang jika tidak faham. 
    • Apabila kita sudah mula mengantuk dan tidak mampu untuk fokus di dalam kelas, berpura-pura lah bahawa kita sedang mendengar sambil mencatat nota. 
    • Menawarkan diri untuk menjawab soalan di depan. 
    • Memilih tempat duduk di depan sekali kerana, 
              🌺sukar untuk mengantuk
              🌺Mudah nampak tulisan pada papan putih/skrin
              🌺Pensyarah mampu memberikan tumpuan yang lebih kepada kita.

    Effective Note Taking System 

    1)Kaedah cornell note
       


    2)kaedah dua column
      
    3)Kaedah outlining 
    4)Kaedah peta minda. 
    5)Kaedah membuat nota menggunakan ayat. 
       🌺Tidak boleh melebihi 5 patah perkataan dalam satu baris.
       🌺Tidak menggunakan perkataan yang panjang dan lengkap.
       🌺Menulis isi yang penting. 

    What to include in your notes? 

    Headings-Letak point penting 
    Detail-Definisi, fakta serta penerangan, contoh dan statistik. 

    Aktiviti 1

     

     

    Topic 7:Academic Integrity and Performance 

    Apa itu integriti akademik? 

    Integriti akademik adalah salah satu sifat bagaimana pelajar haruslah jujur dalam membuat tugasan mereka dan bertanggungjawab untuk menyiapkannya.Semua tugasan yang dilakukan haruslah hasil daripada buah fikir serta kefahaman dan usaha mereka sendiri.

    How does UiTM define academic dishonesty? 

    a) Plagiarism-Menggunakan ayat atau hasil kerja orang lain dalam tugasan mereka tanpa mengubah ayat dan seolah-olah itu hasil kerja pelajar tersebut. 
    b) Falsification-Pemalsuan dalam peperiksaan,tugasan dan pembentangan. 
    C) Unauthorized collaboration - bekerjasama atau berpakat dengan pelajar lain dalam membuat ujian ataupun sebarang tugasan tanpa mendapat kebenaran. 
    d)Substitution - Tidak bertanggungjawab dengan menggantikan diri dengan orang lain untuk menjawab peperiksaan atau melakukan tugasan yang diberi. 
    e) Cheating-Mendapatkan kredit matalelajaran, penghargaan, degree,atau pensijilan dengan cara menipu. 
    f) Failure to comply-Gagal untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk setiap program. 

    What is plagiarism? 

    Plagiarism adalah mencuri hasil tangan dan buah fikir orang lain dan mengaku ianga adalah hasil kerja sendiri. 

    Example of plagiarism

    1. Menggunakan idea seseorang dengan meniru ayat mereka tanpa mengkreditkan nama penulis tersebut. 
    2. Meniru kerja pelajar lain. 
    3. Menyalin bulat-bulat sumber daripada Internet tanpa memetik sumber tersebut. 
    4. Menggunakan gambar daripada internet tanpa memberitahu sumber gambar tersebut. 

    To avoid plagiarism 

    -Meletakkan kredit di setiap sumber yang kita ambil seperti, 
    • Di dalam petikan 
    • Di dalam senarai rujukan 

    Same Style Formats

    • MLA-Bahasa dan sastera
    •  CBE-Sains dan biologi 
    • Chicago - Sejarah
    • APA-Tingkah laku sains
    • Bluebook-Undang-undang.

    Common Ways To Use Information From A Source

    1.   Quoting-Menggunakan terus ayat daripada sumber.
    2. Paraphrasing-Membuat ringkasan daripada sumber tersebut.
    3. Borrowing-Menggunakan idea,tema,konsep daripada sumber sebagai rujukan untuk membuat pembentanagn atau projek.

    What is quoting?

    -Menggunakan ayat orang lain dengan meletakkan pembuka kata.

    What is paraphrasing?


    • Menggantikan ayat orang lain dengan ayat sendiri dengan memberitahu asal sumber tersebut.

    Aktiviti 1-Paraphrasing exercises 

    The reference lists

    -Semua sumber yang digunakan di dalam petikan akhbar kecuali komunikasi di antara 2 mata.

    Points to remember. 

    -Penulis : Nama bapa di depan dengan menggunakan alphabet sahaja(bukan nama penuh)
    -Capilization - Menggunakan huruf besar pada setiap artikel, bab, tajuk. 

    Aktiviti 2-Cite A Book

     Leonord, J.K, Fry, W.E.(1986) Plant Disease Epidemiology,Population Dynamics and Managements, 1(632),85-18906.

    Aktiviti 3-Referencing Exercises 


     Calculating Grade Point Average (GPA) 

    GPA- Markah peperiksaan yang diperoleh setiap akhir semester. 
    CGPA-Markah terkumpul GPA. 

    How To Calculate GPA? 

    GPA =Nilai kredit keseluruhan  ÷ Jumlah kredit

    Aktiviti 4- Kira GPA dan CGPA

    Failure and Dismissal 

    Pelajar yang mendapati keputusan yang tidak memuaskan akan diberhentikan daripada program. 
    -Status 'D' yang boleh diberikan kepada pelajar berkenaan adalah, 
    • D1-CGPA kurang daripada 1.80
    • D2-CGPA kurang daripada 1.80 dengan status P1
    • D3-CGPA kurang daripada 2.00 dengan P2
    • D4-Gagal dalam sesuatu kursus sebanyak 3 kali. 
    • D5-CGPA kurang daripada 2.00 pada akhir tempoh pembelajaran dan masih mempunyai kursus yang tidak lengkap. 
    • D6-Lulus semua kursus yang dikehendaki oleh program namun mendapat CGPA kurang daripada 2.00
    • D7-Tidak menduduki peperiksaan untuk semua kursus yang didaftarkan pada sen tersebut tanpa mendapat kebenaran universiti.